Followers

Friday, January 7, 2011

Kursus Menembak @ Lapang Sasar Kuala Kubu Baru

Wakil-wakil Silat Seni Gayong Malaysia UIA Nilai


5 orang wakil Silat Gayong dari UIA Nilai iaitu Zhafirin (aku), Hisyam, Ain, Niesa dan Aini telah memberanikan diri untuk mengikuti Kursus Menembak anjuran RELA Gombak pada 25/12/2010 - 26/12/2010 yang bertempat di Lapang Sasar Kuala Kubu Baru, Gombak, Selangor.




Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat malam Sabtu dari UIA Nilai menuju ke rumahku yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Hajat dihati untuk menghantar beg-beg yang sarat dengan baju-baju kotor ke rumah. Setelah hampir 1 jam di rumah aku, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) namun sebelum itu kami meronda-ronda sekitar Bahau di waktu malam.


Sesampainya kami di Seremban, kami sepakat mahu menghabiskan malam kami di KFC baru yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Hanya Niesa dan Aini sahaja yang membeli lalu membungkus makanan KFC kerana aku dan Hisyam mahu menikmati kopi untuk menyegarkan mata di Mc Donald Senawang.


Apabila jam telah menunjukkan jam 4 pagi, kami bergerak menuju ke PLKU melalui Lebuh Raya PLUS.


Setibanya kami di PLKU, Cikgu Idris memberi sepatah dua kata tentang perjalanan menuju ke Kuala Kubu Baru. Jam tepat menunjukkan 6 pagi dan kami bergerak secara konvoi menuju ke Kuala Kubu Baru.

Cikgu Idris memberi penerangan tentang kursus


Malang, kami telah tersesat kerana terkeluar daripada konvoi!


Sehingga kami terpaksa meminta tolong pihak Polis untuk menunjukkan arah. Berbekalkan petunjuk daripada Cikgu Idris, Cikgu Shidah, Niesa dan handphone Ain (ada GPS), kami telah berjaya menemui semula arah kami untuk ke Kuala Kubu Baru. Perjalanan yang melalui Pusat Bandar, Jalan Kuching, Selayang dan Rawang akhirnya kami tiba di Kuala Kubu Baru.


Tapi malang, di Kuala Kubu Baru, kami sekali tersesat sekali lagi. Kami telah mengikuti jalan menuju ke Bukit Fraser. Akhirnya kami berpatah balik dan pergi ke pekan Kuala Kubu Baru. Dengan bantuan Cikgu Shidah akhirnya kami tiba di Lapang Sasar Kuala Kubu Baru.

terpaksa mendaki bukit sebelum sampai ke Lapang Sasar


Pelbagai aktiviti menembak yang kami dapat saksikan di Lapang Sasar Kuala Kubu Baru ini. Kursus Menembak ini adalah anjuran RELA daerah Gombak. Dari pagi hingga ke petang kami menghabiskan waktu di Lapang Sasar Kuala Kubu Baru ini.

aktiviti-aktiviti sepanjang kursus


Pada malamnya pula, kami diminta untuk berlatih silat untuk demo pada hari penutup iaitu pada keesokkan harinya. Kami menginap di sebuah Rest House yang terdapat di Kuala Kubu Bharu ini.


Selepas penat berlatih, kami berlima keluar untuk meronda-ronda sekitar Kuala Kubu Baru. Lalu kami menikmati makan malam di sebuah restoran yang terdapat di sini. Apabila jam hampir menunjukkan jam 12 malam, kami pulang ke tempat penginapan kami.


Keesokkan harinya, aktiviti menembak di jalankan seperti biasa.

aku

Hisyam


Ain dan Niesa

Aini


Kami wakil-wakil Silat Gayong diminta untuk mempersembahkan demo di majlis penutup. Dan kami telah melakukannya dengan baik sekali.

Pada jam 7 malam, semua aktiviti telah selesai di jalankan dan kami menuju pulang ke rumah masing-masing.


* terima kasih diucapkan kepada semua anak-anak Gayong PLKU dan RELA daerah Gombak kerana banyak membantu kami sepanjang mengikuti kursus menembak ini dari awal hingga akhir

* terima kasih juga diucapkan kepada HISYAM, NIESA, AIN dan AINI kerana telah mengembirakan diri ini semasa kita mengikuti kursus ini. Pengalaman bersama dengan kalian semua tidak dapat saya lupakan. (^__^)


2 comments: